“KAK JIA kena masuk kerja sekarang. Kalau ada masa, kak Jia singgah sini lagi. Kalau Azah ada telefon Najwa, sampaikan salam Kak Jia padanya,” Najihah mengambil bungkusan yang dibayar tadi dan berlalu keluar dari kedai serbaguna di seberang jalan pejabat bangunan tempat kerjanya.
“Siapa perempuan tu, selalu dia datang cari kau?”’ tanya Hamdan, pekerja lelaki yang kurus dan berkepala botak kepada Azah yang terhenti dia dari mengangkat kotak untuk dimasukkan ke dalam stor apabila melihat Najihah beredar.
“Kakak kawan aku kat Kampung. Tak tau pasai apa ntah dia dah lama tak balik kampung, sampai sekaranglah” Azah menjawab. “Aku dengar cerita dia buat hal masa sekolah dulu. Tu yang keluarga dia tak bagi balik.”
“Dia buat hal apa?”
“Ada kes dengan lelaki. Tapi tak tau betoi ke tak pasal aku pun dengar dari mak aku. Aku tanya lebih, mak aku bising suruh aku belajar. Jangan nak menggatai. Tapi aku ni bukan la pandai sangat. Dapat kerja kat sini dah cukup bagus. Kalau di kampung, ntah-ntah dah kena paksa kawin” rungut Azah.
“Ish..ish…ish…sayang sungguhkan. Comel macam tu tapi perangai teruk. Dia buat apa kat sini?” tanya Hamdan lagi yang masih memegang kotak sambil melihat dari cermin pintu kelibat Najihah yang melintas jalanraya kecil itu.
“Kerja. Kat bangunan seberang jalan tu.”
“Kerja apa?”
“Aik…kalau kau syok sangat kat dia, pi la siasat! Aku ingat baik kau pi sambung balik kerja. Nanti supervisor tu bising, kau jugak pening kepala.. ”
“Uh..uh..” katanya sambil membawa kotak kebelakang tetapi masih tidak menoleh pandangannya walaupun bayang Najihah sudah jauh tidak kelihatan.
NAJIHAH segera melangkah masuk ke pejabat setelah selesai menunaikan solat zohor walaupun waktu rehat masih lagi tinggal 10 minit. Dia ingin terus menyelesaikan kerja akaun yang ditugaskan oleh ketuanya, Kak Asmah, pegawai akauntan yang kedua pentingnya didalam syarikat itu. Walaupun dia hanya seorang pelajar praktikal, syarikat menganggap setiap orang yang bekerja di situ ada kepentingan tertentu. Sebab itulah dia telah diberikan tugasan yang tidak dapat diperolehinya secara teori di universiti. Memang susah untuk mendapat pengalaman seperti ini dan sedih juga meninggalkan pejabat dan syarikat ini apabila tempoh praktikalnya tamat dalam sebulan lebih lagi. Suasana agak bising berbanding dari kebiasaan. Najihah melihat pekerja-pekerja perempuan sedang berkumpul. Sandra, Kak Asmah dan Kelly sedang leka berborak apabila Najihah menghampiri mereka.
“Kalau aku nak tackle En Imran, tak akan pakai sampai macam tu!” kata Sandra, legal executive kepada yang lain. “Ish, so low!” gelak Sandra. Yang lain turut serta. Najihah mencuit Kak Asmah dan berbisik menanyakan cerita.
Kak Asmah berkata, “cerita pasal bos dia nak mengurat En Imran…hari ni diaorang kata dia pakai seksi habis! Entahlah, kak Asmah pun tak nampak lagi, jadi Kak Asmah tak tahulah betul ke tidak.”
Boss. En Imran. Siapa pula En Imran ni, tanya Najihah memikirkannya. Najihah masih kurang tertangkap dengan cerita Kak Asmah dan terdiam sejenak.
“Ala Jia ni kan student lagi Kak Asmah. Mana dia faham things like this” ujar Sandra.
“Mari I cerita kat you. Minggu lepas kawan En Zainal datang tolong En Zainal handle kerja Baktiar. I dah tengok En Imram tu. Memang handsome. Nadia dekat kaunter pun kata jantung dia berdegup paling kencang setiap kali tengok En Imran keluar masuk, inikan pula bos you yang dah, you know, ADT. Mesti desperate”.
Mereka yang mendengar cuba mengawal dari ketawa apabila Sandra menyebut ADT yang bermaksud Anak Dara Tua. Orang yang dimaksudkan Sandra tentunya Cik Suhana, ketua bahagian Legal, merangkap ketua Sandra.
“Kau ni cakap tak sayang mulut betul” tegur Kelly.
“Tak baik you cakap macam tu Sandra,” tegur Kak Asmah. “Dia kan bos you.”
“Bos tu memanglah bos. Tapi kalau mood dia tak elok, I sanggup ambil cuti kecemasan dari nak berdepan denggan dia,” katanya lagi.
“Tapi dalam seminggu dua ni, Kak Asmah tengok dia dah berubah. Rajin tersenyum, sampaikan kakak cleaner pun dia tegur.”
“Semua tu pasal En Imranlah Kak Asmah” sampuk Kelly. “Semalam saya nampak dioarang keluar lunch together. Mesra semacam aje. Cik Suhana main tarik-tarik tangan En Imran tau”
“Ye ke? Elok la tu kalau Cik Suhana dah dapat jodoh dia” kata Kak Asmah.
“En Imran macam mana? Dia ok ker?” tanya Sandra melonjak suka.
“Tak la nampak excited semacam. Macam muka boring aje.” kata Kelly selamba.
“Ye ke? Cik Suhana perasan tak En Imran macam tu?” tanya Sandra sekali lagi.
“Entahlah. Aku tak notice pulak. Tapi En Imran tu memang handsome la. He is so tall dan mix pulak tu. Tengok muka dia pun dah lemah lutut tau.. I dengar cerita mak En Imran orang putih dan keluarga dia memang kaya betul. Kalau jadi boyfriend I, dah lama I tayang kat satu dunia” tambah Kelly dengan muka yang dibuat-buat.
“Ahh sudah. Robert kau tu nak letak ke mana?”’ sampuk Sandra.
“Robert simpan sebelah sinilah!” kata Kelly sambil menunjukkan poket seluarnya.
Yang lain ketawa sebab mereka tahu Kelly begitu sayangkan Robert, ke mana pula ingin dicampakkan buah hati seorang itu Tiba-tiba telefon bimbit di poket seluar Kelly berbunyi. Semua terhenti ketawa. Kelly menyeluk kocek mengambil telefon bimbit dan menyebut ‘Robert’. Dia berlali-lari anak ke ruangan mejanya untuk menjawab panggilan telefon berkenaan. Mereka yang lain juga kembali ke meja masing-masing dan meneruskan urusan yang perlu diselesaikan.
Next pls..
ReplyDelete-jia jgk-
alaaa....pendek nyer kak aini....
ReplyDeletesambung la lagi...smbg cpt2 yer...thanks =p
nina kamal ckp...thn depan br dia upload sambungan nya...so harap bersabar byk2 yek...hahaha
ReplyDeletetahun depan tahun Islam...bulan Muharram dah masuk dah...esok lusa saya update laaa...
ReplyDelete