Pisang dah jadi makanan ruji aku setiap pagi. Sebenarnya ada tiga benda yang aku cuba amalkan sejak aku dapat hidayah untuk jaga makan minum sejak dua bulan yang lalu. Pertama, breakfast oat Milo. Aku buat macam air dan minum. Kedua, aku makan pisang dan ketiga aku masak halia atau lemon and campur dengan honey...buat satu tumbler besar.
Pagi ni bila aku bangun, pisang dah habis. Aduh! aku lupa beli lagi. Kalau satu benda dah jadi kebiasaan, dan kalau tak ada, mestilah macam tak lengkap. Itu yang aku rasa pagi ini. Oh Pisang....'you complete me' - aku petik kata-kata Jerry Maguire bila dia nak ayat bini dia balik.
Aku tau ramai yang tak makan pisang. Aku pun dulu bukannya gemar sangat buah warna kuning tu. Kalau bapak aku bawa balik dari kebun pun aku jeling je. Aku tunggu mak aku goreng, barulah aku telan satu dua tiga. Tetapi sejak aku beli 3 buah buku pasal pemakanan dan perubatan Islam, barulah aku tahu manfaat pisang. Memang aku rugi sebab tak makan pisang dari kecil lagi. Bila dah tahu...bukan sekadar pisang, sekali dengan kulit pisang aku manfaatkan......
Aku tak mahu nak cerita panjang kat sini pasal kebaikan pisang. Aku cuma nak bagi tau kenapa aku telan pisang pagi-pagi. Pertama, pisang boost aku punya energy. Banyak karbohidrat dan vitamin B. Mmm...patutlah aku tengok monyet yang makan pisang sumernya aktif. Aku sendiri boleh rasa tapi taklah sampai terlompat-lompat macam haiwan cute tu.
Kedua, pisang ada mineral yang kita panggil sebagai Phosphates or 'Smart Mineral'. Mineral ni sesuai untuk orang-orang yang bekerja menggunakan mental dan intelektual! Hah! agak sesuailah untuk orang spesis aku. Budak-budak tengah belajar tersangatlah elok makan pisang Setakat ni, aku dah berjaya psikokan anak aku yang sulung tu makan pisang. Bukan itu sahaja, budak-budak yang ambil pisang selalu akan membuatkan psikologi mereka seimbang.
Perkara yang aku nak cerita sekarang ialah yang aku paling suka pasal pisang. Aku mengaku, aku ni dah tua. Memandangkan pisang tu ada melatonin....satu macam sumber awet muda semulajadi. Itu pasal lepas aku makan pisang, kulit dia pun aku sapu-sapu seluruh muka. Korang tengoklah nanti, bila aku tua bangka..muka still ketat macam Kak Nita gitu...
hari ni psr mlm..kne borong pisang la gamaknye!
ReplyDelete-jia jgk-
emm rasa macam sesuai lah kalau masuk master chef Malaysia.. emm superb.. boleh masak semua dalam setengah jam hehehe.. sure gerenti chef Riz tercabar :)
ReplyDelete