3
Zainal meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sisi katil tidur yang serba biru. Tersenyum dia seketika.
“Siapa tu, bang?” tegur isterinya yang melangkah masuk ke bilik tidur. “Dari tadi Sara tidurkan Aiman, abang leka betul berbual, macam orang tengah mabuk bercinta”
Tergelak kecil Zainal mendengar nada cemburu isterinya itu.
“Imran….”
“Imran? Maksud abang, our Playboy yang serius tu?”
Zainal mengangguk berkali-kali mengiyakan kata isterinya. Tergelak kecil lagi dia apabila teringat si Imran yang memang seorang yang serius di dalam apa jua tugasannya. Tapi kalau bab perempuan, watak playboy itu yang kadangkala memeningkan kepala Zainal. Maklumlah, dia duduk menyewa serumah dengan Imran ketika belajar bersama-sama suatu ketika dulu. Sebagai lelaki, memang Zainal tidak dapat nafikan Adam Imran seorang yang kacak. Imran anak kacukan dan tentulah hasilnya adalah lebih baik dari kedua-dua baka yang asal. Seperti kuda kacukan Arab dan Eropah, hasilnya tentulah menjadi rebutan mereka yang menggemari. Mungkin ramai yang menganggap inilah daya penarik Imran, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa anak kacukan itu bukan sekadar berwajah menarik sahaja tetapi mempunyai pemikiran yang amat tajam, pandai menyusun strategi dan penuh dengan fakta yang tak dapat disangkal sekiranya diajak berdebat.
Apa yang memeningkan Zainal ialah teman-teman wanita Imran. Bekas teman-teman wanita Imran. Selalunya, dia yang menjadi mangsa apabila ada bekas teman wanita yang mencari Imran. Kadang-kadang, dia perlu menghabiskan masa emasnya untuk melayan mereka sedangkan dia ada banyak tugasan yang perlu disiapkan. Ada sekali ketika Imran menghilangkan diri entah ke mana dengan alasan ada kes kertas kerja yang perlu diselesaikan, Monique, pelajar dari Peranchis telah bermastautin di dalam bilik mereka berhari-hari. Teman-teman yang lain tidak ambil kisah sangat. Maklumlah, kebanyakannya berfikiran liberal. Hanya dia yang kurang senang menghadapi gadis yang asyik kurang kain itu. Atas kesedaran diri, Zainal telah menjadikan ruang makan sebagai meja belajarnya dan sofa di ruang tamu sebagai tempat tidurnya. Selama hampir seminggu dia begitu sehinggalah Monique akhirnya menyerah kalah dan tidak lagi ke situ. Apa yang buat dia geram ialah bila dia ceritakan kepada Imran, rupa-rupanya lelaki itu sudah tahu Monique akan mencarinya dan dia sengaja merantau dan bersiar-siar ke selatan England selama dua minggu.
“Jadi, dia setuju tak?” soalan Sara mengejutkan Zainal kembali dari ingatannya. Sara sedang merata-ratakan losyen ke tangan sambil melabuhkan punggungnya ke atas katil.
Zainal tersengih lebar. Sekali lagi dia mengangguk.Sara merapati dan diletakkkan kepala ke dada suaminya.
“Eloklah tu bang. Walaupun Imran hanya silent partner tapi tu kan company dia juga”. Dia menutup mulutnya yang sedang menguap. “Oklah abang, Sara kena tidur dulu. Nanti Aiman bangun untuk menyusu, Sara tak mahu terlelap macam semalam.”
Zainal membelai rambut isterinya sambil memikirkan pertemuan tiga hari lalu dengan Imran. Tiga hari dirasakan tempoh masa yang agak lama untuk Imran membuat keputusan samada dapat membantunya di syarikat. Alangkah seronoknya Zainal bila Imran menelefon sebentar tadi untuk memberi persetujuannya. Zainal dapat tahu Imran sudah kembali ke Malaysia. Kalau tidak kerana kecederaan Bakhtiar tidaklah dia terdesak mencari Imran. Bakhtiar cedera akibat kemalangan jalanraya dan diberi cuti sakit selama dua bulan. Sama seperti orang perempuan berpantang. Hanya kerana potfolio penting yang diuruskan Bakhtiar, Zainal rasa hanya Imran sahaja yang dapat membantunya.
Zainal berfikir seketika. Kali ini Imran kembali ke Malaysia agak lama. Selalunya dia akan ‘singgah’ seminggu dua dan kemudian terbang semula ke London. Ketika berjumpa tempoh hari, tidak pula terlintas untuk bertanya jika Imran ingin terus menetap kali ini. Dia kenal Imran ketika di Warwick hampir lima belas tahun lalu. Zainal mengambil jurusan Perniagaan manakala Imran yang setahun lebih tua daripadanya mengambil jurusan Undang-undang. Selepas tamat belajar ke peringkat Ijazah Sarjana, Zainal kembali ke Malaysia tetapi Imran tinggal untuk mendapatkan lebih pengalaman. Sedari mula perkenalan lagi, Zainal perhatikan Imran lebih arif perihal kewangan dan pelaburan. Sehingga di tahun tiga pengajian, Imran sudah mampu memiliki beberapa hartanah. Katanya untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Paling terakhir yang Zainal ketahui, Imran mendapat pekerjaan di sebuah firma kewangan walaupun dia tamat pelajaran dengan jurusan undang-undang. Zainal sebenarnya terhutang budi dengan Imran. Bantuan yang diberikan bukan sahaja dari segi kewangan, bahkan dari segi pengurusan ketika dia mula menapak di dalam bidang yang diceburi sehinggalah Zainal and Associates sudah tidak asing lagi di dalam industri penasihat kewangan di kotaraya Kuala Lumpur ini. Imranlah yang sedikit sebanyak membantu kepada kejayaannya pada hari ini.
“Abang fikir tentang Imran lagi” sapaan Sara mengejutkan Zainal.
“Ya”
“Nak cerita? Sebab Sara pun tak dapat lelap lagi nih”
“Tak ada apa-apa. Cuma abang rasa kali ni Imran is back for good?”
“Kenapa?”
“ Dia ada cakap yang dia berhenti di West End. Sara pun tahu. Dia suka kerjanya tu dan it’s a good position in that company. Sebab itulah abang rasa, bukan macam Imran kalau dia tiba-tiba berhenti.”
“Mungkin ada sebab tertentu?”
“Emm..entahlah”
Sara bepusing mengadap suaminya. Kedua tangan menongkat dagu. “Kalau dia berhenti pun, apa yang nak abang risaukan. Imran tu kan banyak duit. Dah la bapak dia kaya raya, dia sendiri pun dah status jutawan. Abang sendiri yang cakap dulu, he made his own first million before he even graduated. In fact, masa tu dia ambil Law, bukan business atau finance.”
“Betul dia memang kaya. Tak macam abangkan? Anak orang miskin. Kena bersusah payah, dah beruban baru nak hidup senang sikit. Lagi pun Sara kan minat jugak si Imran tu sampaikan tak nampak abang yang bermati-matian mengurat Sara ” usik Zainal.
“Ala abang ni, macam kecil hati jer.” Agak merajuk sedikit suara Sara “Masa tu kan Sara masih junior. Memang le suka tengok Imran masa gathering tu. Handsome. Mat-mat salleh yang cute pun Sara suka juga. Tapi, abang lain. Bila Sara dah betul-betul kenal abang, Sara dah tak pandang dah lelaki lain….”
Zainal memandang ke mata isterinya. Dia rasa bertuah dengan cinta pertamanya ini. Dia sedar bahawa telah banyak pengorbanan yang Sara lakukan. Sekembalinya Sara ke tanahair, dia terus menghantar rombongan. Takut bunga idaman dirampas orang. Belum sempat sibunga menikmati alam pekerjaan, ia terpaksa dilupakan kerana alahan teruk kandungan pertama.
Kedua suami isteri itu berbalas senyuman. Namun hanya untuk seketika. Tangisan bayi di bilik sebelah betul-betul mengganggu saat-saat indah mereka. Itulah hadiah ketiga yang paling bermakna buat Zainal. Seorang anak lelaki selepas dua orang anak perempuan yang comel-comel belaka. Sara bangun dengan cepat tapi tangannya ditarik Zainal.
“Sara tunggu sini. Biar abang ambilkan Aiman” sambil menuju ke bilih sebelah, dengan tersengih-sengih Zainal sempat membuat satu permintaan. Sara hanya malu tersipu-sipu.
semakin menarik ler citer nie...tq nina kamal..hehe
ReplyDelete*****