Wednesday, 16 November 2011

Jia - 4

4

Johana merasa begitu gembira pada hari ini walaupun cuaca nampak sedikit mendung. Berkali-kali dia memandang ke luar banglonya yang terletak di persimpangan SS 7 Kelana Jaya.  Mamanya ada memberitahu Najihah mungkin sampai sebelum makan malam kenduri doa selamat sempena menyambut kepulangannya dari Dublin. Dia tiba di KLIA lewat jam empat petang semalam tapi kerana keletihan, kebanyakan masa dia tidur sahaja. Kini banglo semakin dipenuhi saudara mara dan Johana masih tertungu-tunggu akan Najihah. Sudah lama tidak bertemu dengan sahabatnya itu kerana kali terakhir dia berjumpa Najihah hampir setahun lalu ketika dia pulang bercuti.
“Jo…ha…na!”  tegur ibunya. “Kejap lagi Jia sampai. Cuba pergi bersiap-siap sikit. Tukar seluar jeans dan TshirtPublish Post tu.”
“Oklah Mama. Nanti Jia sampai, suruh dia naik bilik ya Mama”.  Tak sabar rasanya bertemu rakan karib yang dikenali ketika sama-sama menuntut di sekolah berasrama penuh dulu. Walaupun dia telah lama ke luar negara, tiada seorang pun yang boleh menyamai Najihah. Mereka masih akrab seperti dahulu walaupun hanya berhubungan melalui surat atau email sahaja.
Johana duduk dihadapan cermin solek sambil menyikat rambutnya yang panjang dan lebat. Dimejanya ada gambar saat-saat gembira bersama Najihah dan Suria. Dia merindui zaman persekolahan. Zaman remaja paling bebas dan tidak seperti sekarang yang mana mula dibebani tanggungjawab. Johana mengeluh. Sekurang-kurangnya dia masih punya keluarga yang sentiasa memberi galakan. Najihah muda-muda lagi telah memikul beban yang berat. Suria pula entah hilang ke mana. Mungkin suatu hari nanti,  setelah Najihah tamat belajar dan bekerja, dia akan mengajak Najihah sama-sama mencari Suria. Itulah satu matlamat yang mahu dicapainya. Bertemu semula dengan Suria.
Johana memegang gambar yang diambil oleh seorang rakan ketika ketiga-tiga mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan hiasan astaka utama sempena sambutan hari guru. Aksi mereka sungguh spontan.  Najihah yang berada di atas kedua-dua dia dan Suria sedang ketawa dengan penuh gembira. Johana ingat ketika itu dia sedang mengambil riben-riben yang dipegang oleh Suria untuk dilekatkan di atas langsir astaka, manakala Najihah sedang  memegang tangga tetingkat yang dinaikinya. Entah macammana, dia tersalah langkah dan terjatuh ke atas Suria. Riben-riben yang dipegang jatuh terurai. Najihah yang masih memegang tetingkat dan sedang ketawakan mereka tidak perasan bebola reben utama di atas itu mula renggang dari pemegang lalu jatuh. Kalau tidak Johana yang menjerit tentu bebola itu sudah terkena ke kepala Najihah dan akibat lari dari bebola itu, Najihah pula tersadung dan jatuh ke atas mereka. Lagilah gamat gelak ketawa mereka selepas itu.
Saat-saat indah itu rupa-rupanya tidak kekal lama. Kedua-dua Najihah dan Suria ditimpa malapetaka yang tidak dia jangka. Johana meratapi nasib malang kedua-dua rakan karibnya dan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi setakat ini. Dia telah berjaya sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolah. Dia juga  mengharumkan nama Malaysia dan orang Melayu di universiti luar negara yang kebanyakan pelajar masih menganggap mereka sebagai orang asli atau pun suku kaum ‘berwarna’. Kini dia seorang doktor yang diterima masuk oleh salah sebuah hospital terkemuka di Malaysia. Malah, ada juga pihak atasan hospital yang mula menanya samada dia mahu melanjutkan pelajaran untuk pengkhususan dalam bidang kedoktorannya.
Apa-apa pun dia hanya mahu berehat dahulu dan kerja seperti biasa. Dia sendiri pun belum pasti hendak membuat pengkhususan. Baginya ada dua perkara yang menarik setakat ini iaitu kanak-kanak dan pembedahan plastik. Mungkin bila sudah lama berkerja, dia sendiri akan dapat ilham arah tujuannya. Bapanya seorang pakar perubatan kanak-kanakdi sebuah hospital swasta manakala ibunya telah bersara dari jawatan kerajaan sepuluh tahun yang lalu. Najihah adalah anak sulung dari tiga orang adik beradik. Adik lelaki pertamanya kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di sebuah Universiti di Tokyo, Jepun, manakala yang bongsu masih lagi di tingkatan lima di sebuah sekolah di Kelana Jaya.

HAMPIR satu jam Najihah menaiki bas menuju ke Kelana Jaya. Bas yang agak padat itu menyusuri sebuah pasar berhampiran sebuah balai polis. Najihah yang berjaya mendapat tempat duduk bersebelahan tingkap dapat melihat rumah-rumah besar pelbagai rekabentuk. Dia biasa dengan persekitaran yang dilalui ini kerana jalan inilah yang akan membawanya menuju ke rumah Johana. Hatinya sungguh gembira kerana sahabatnya itu kini akan kekal berdekatan dengannya setelah sekian lama menimba ilmu di negeri asing. Seperti biasa, bila teringatkan Johana, dia juga akan teringatkan Suria. Banyak kenangan yang tidak dapat dia lupakan. Mungkin kerana waktu itu dia sedang membesar tanpa pengaruh ibu dan ayah, maka kawan sekelilinglah yang banyak mempengaruhi cara dia berfikir dan bertindak. Untung kerana dua sahabat yang mempunyai karakter berbeza itu memberi banyak pengaruh positif dalam hidupnya. Kalau tidak, dia tidak mungkin mampu untuk menempuh kehidupan seperti sekarang.
Najihah mengimbau kembali ke masa lampau ketika tiga anak remaja yang menjalinkan persahabatan waktu orientasi di sebuah sekolah berasrama penuh di Johor Bahru. Ada ketika kesemua pelajar baru tingkatan satu disuruh berlari mengelilingi seluruh kawasan sekolah. Ketika itulah, Suria terjatuh dan tidak dapat meneruskan larian. Yang lain mengendahkannya, tapi Johana, pelajar cantik dan anak orang berada yang berasal dari negeri  Selangor  itulah yang memberi bantuan kepada Suria. Najihah masih ingat bagaimana Johana meletakkan tangan kiri Suria dibahunya dan membantu si gadis  itu berdekit-dekit cuba berjalan. Itu sudah cukup membuatkan Najihah berlari menuju ke arah mereka, mengambil tangan kanan Suria dan diletakkan ke bahunya. Di situlah sebuah perkenalan dan persahabatan terjadi di antara Najihah Abdul Karim, Johana Rais dan Suria Hani Abdullah.
Sejak dari itu, ketiga-tiga mereka tidak dapat dipisahkan. Di mana ada Johana, disitu juga yang berdua akan turut sama. Walaupun berlainan kelas, asrama dan aktiviti, namum bila berkesempatan, mereka akan bersama. Pelajar-pelajar lain tidak faham bagaimana tiga orang yang berbeza karakter boleh akrab sebegitu rupa. Johana merupakan pelajar paling pandai diantara mereka bertiga. Walaupun agak kerap ditangkap lewat ke kelas dan macam-macam lagi masalah disiplin, keputusan peperiksaannya yang cemerlang sentiasa memeranjatkan semua. Dia juga merupakan satu-satunya peserta perahu layar yang telah berjaya mewakili sekolah sehingga ke pertandingan antarabangsa.
Suria pula pendiam dan perahsia orangnya. Setiap tahun, dia adalah rakan ‘semeja’ di kelas yang sama dengan Najihah. Lebih meminati seni dan agak lemah lembut orangnya. Anak tunggal dari keluarga yang boleh dikatakan senang juga, dia selalu berada dalam kesedihan kerana penceraian ibu bapanya yang masing-masing mementingkan kerjaya dari anak sendiri. Najihah masih teringat ketika di awal tahun di tingkatan lima, mereka bertiga berpelukan dan menangis sehabis mungkin di suatu malam kerana Suria tidak dapat meneruskan pengajiannya. Keesokkannya dengan pilu mereka melihat Suria dibawa pergi oleh ibunya. Sejak itu, tiada berita dan khabar dari sahabat yang seorang itu.
Bagi Najihah, dia merupakan anak sulung dari tiga adik beradik sepasang suami isteri yang bekerja sebagai guru sekolah di daerah Chemor, Perak. Memang menjadi kebanggaan kedua ibu dan bapanya mempunyai anak yang pandai apatah lagi dapat memasuki ke asrama penuh. Latar belakang dan didikan ibu bapanya sudah cukup memberikan pegangan yang kuat untuk meneruskan pelajaran di tempat yang jauh. Cita-citanya untuk berjaya dan memulangkan semula semua pengorbanan kepada kedua ibu bapa tercinta. Tapi kehidupan yang diharapkan rupa-rupanya tinggal kenangan. Najihah bagaikan mati sejak kejadian lapan tahun lalu. Dia kini tiada sesiapa yang boleh berkongsi cerita suka duka dirinya selama ini. Sekarang Johana sudah kembali. Mungkin cerita boleh berkongsi kembali. Mungkin suatu hari nanti apabila dia sudah mendapat pekerjaan yang baik, dia akan mengajak Johana mencari Suria, detik hati Najihah.
Najihah melangkah masuk ke perkarangan rumah Johana. Ramai juga orang yang datang meraikan kepulangan Johana. Dicari-cari Johana tapi tidak kelihatan. Matanya mencari pula seseorang iaitu Auntie Zubaidah, ibu Johana. Terpandang dia seorang wanita anggun dengan tudung kebiru-biruan bergemerlipan batu-batu permata sedang becakap-cakap dengan beberapa orang perempuan.
“Assalamualaikum Auntie Zubaidah” tegur lembut Najihah membuatkan Pn Zubaidah tersenyum dan menyambut salaman Najihah.
“Waalaikumsalam. Jia. Apa khabar nak? Lama auntie tak tengok Jia” balas Pn Zubaidah kembali.
“Jia baik saja, Auntie”
“Ini Najihah…kawannye si Jo tu” kenal Pn Zubaidah kepada kenalannya. Najihah kemudiannya bersalaman dengan dua orang kenalan Pn Zubaidah.
 “Jia ni pun satu… Kalau auntie  tak ke kedai Rosmah, mesti susah nak jumpa Jia”
“Jia minta maaf auntie. Bukannya Jia tak nak lawat auntie, tapi sekarang Jia tengah buat latihan amali. Susah sikit. Tapi Jia janji, bila dah habis nanti, tiap-tiap hari Jia lawat auntie.”
“Sudahlah tu. Auntie melawak aje. Auntie tahu Jia sibuk. Dah, pergi naik atas. Jo dah lama tunggu Jia tu”
“Maaf ye auntie. Jia naik dulu. Jia rindu sangat anak auntie tu.”
Puan Zubaiah mengangguk-angguk tanda faham dan menyambung semula perbincangan dengan kenalannya.
Cepat-cepat Najihah menaiki anak tangga. Dia sayang keluarga Johana. Walaupun mereka tahu tentang perkara aib yang berlaku terhadap dirinya, mereka masih menerimanya sepertimana Johana menerimanya. Tidak seperti keluarganya sendiri. Tangga mewah batu mamar itu menuju ke aras atas rumah di mana pintu bilik di sebelah kanan sekali merupakan bilik Johana. Pintu bilik itu dibukanya tanpa diketuk langsung.
“Hello…assalamualaikum!”
“Jia!” jerit Jo
“Hi Jo!” sambut Najihah. Kedua-dua menjerit dan berpelukan dengan gembiranya.
Setelah puas melepaskan rindu, mereka berbaring mengadap siling sambil berbual-bual dan bertukar cerita. Najihah menoleh.
“Dalam surat kau kata dah kerja disana, tapi kenapa balik sini pula?
“Biasalah. Government dah panggil. Duty calls. Terpaksalah balik. Kalu ikutkan, memang aku nak stay kerja lama sikit.”
“Bila kau kena report ke HUKM?”
“Kalau ikutkan surat, April depan.”
“Eloklah macam tu. At least kau dah lama habis belajar. Dah kerja setahun lebih di Dublin. Aku juga tak graduate lagi”
“Jangan cakap macam tu Jia….” Mereka terdiam seketika. Sayu hati Johana mendengar keluhan Najihah.
“Kau stay here tonight ok? Esok kau ke kedai kan? Aku dah cakap dengan Auntie Aisyah mintak off untuk kau”
“Ye ke? Auntie Aisyah dah ada sini ke? Nanti aku turun mintak permission. Tak elok kalau kau yang mintak sebab yang kerja aku, bukan kau”
“Auntie Aisyah ada, Iskandar pun ada tau!” sakat Johana tentang sepupu lelakinya, anak teruna Auntie Aisyah yang kacak bak hero drama Korea dan bekerja sebagai engineer di Petronas.
Najihah mencebik. “Sudahlah. Aku tak minat. Aku nak kerja sebab kena kumpul duit bayar semua duit kau yang aku pinjam!”
“Alah Jia…jangan sebut pasal tu lagilah. Aku kan ikhlas nak bantu kau”
“Aku tahu kau ikhlas, Jo. Antie dan Uncle pun ikhlas. Niat aku bila dah ada duit nanti, aku nak balas budi korang semua”
“Ye ke? Waa…kalau macam tu jangan bagi duitlah. Bagi cincin berlian atau batu permata ke?” usik Jo.
“Boleh. Kalau kau nak, gunung Kinabalu pun sanggup aku daki tau!”
“Waaa…cakap besar nampak? Tanak daki gunung everest ker?”
“Gunung yang tinggi tu kita suruh boyfriend kau je yang daki, ok?”
“Mmm…kalau macam tu dalam mimpi sajalah. Bukan boyfriend, bayang boyfriend pun aku tak nampak lagi” keluh Johana.
“Alah…jangan mengeluh Jo. Sampai masa, adalah jodoh tu. Itulah, masa belajar di Dublin, jual mahal sangat, semua yang minat dah dapat jodoh masing-masing” gelak Jia.
Najihah ingat dulu dalam surat atau pun email, Johana ada menceritakan tentang beberapa pelajar, sebaya, senior atau junior yang mencuba tetapi Johana sendiri yang tidak berminat. Katanya belum berjumpa yang betul-betul mencabar jiwa dan perasaan. Akhirnya, gadis secantik dan sebijak Johana masih belum berpunya.
“Hoi! Mengelamun nampak. Ingat seseorang ker?” Jia menegur Johana yang senyap sunyi tiba-tiba.
“Mana ada!”
“Habis tu? Macam jauh jer pandangan mata kau tu.”
“Aku bukan mengelamun. Aku tengah fikir. Alangkah bagusnya kalau kau jadi kakak sepupu ipar aku”
Dus!
Satu balingan bantal kecil mengena kepala Johana.
“Ok..ok ..aku tak kacau kau lagi, tapi aku rasa Is tu suka kat kaulah!”
Dus! Sebiji bantal tidur pula melayang mengena Johana. “Cakap lagi, kena kau!” ugut Najihah. “Aku tak solat lagi nih. Pinjamkan bilik air, telekung, sejadah dan kain batik boleh?
Johana ketawa “Buat la macam bilik sendiri. Macam tak biasa pulak. Itulah, kalau kawin dengan Is kan senang, boleh buat macam rumah Mak Cik Mentua sendiri!”.
Dus! Bantal ketiga. Nampaknya yang tinggal Cuma bantal peluk sahaja yang belum terbang.
Najihah mencebikkan bibir dan bangun ke bilik air. Johana masih ketawa. Perlahan-lahan ketawanya berhenti. Johana memang ramai kawan, tetapi tak semua seperti Najihah. Sahabatnya nampak begitu cekal. Mungkin dia begitu disebabkan kejadian lapan tahun dahulu.
Ketika Najihah telah dibawa pulang ke asrama sekolah, Cikgu Salmah telah membuat keputusan supaya perkara yang berlaku ke atas Najihah tidak dilaporkan sebagai kes polis tanpa sebarang usul periksa. Selepas seketika, pelbagai soalan diajukan oleh beberapa orang guru kepada Najihah tentang apa yang telah berlaku, tapi Najihah tidak memberi sebarang jawapan yang akhirnya menyebabkan pihak guru terpaksa memanggil kedua ibubapanya datang ke sekolah. Joahana berada di sana sepanjang masa dan dia dapat lihat Najihah hanya menangis dan cuba menyendiri. Cerita aib dirinya cepat tersebar di seluruh sekolah dan akibatnya dia disisihkan kawan-kawan dan guru. Malah keluarganya sendiri pun membuat keputusan untuk tidak mahu berhubung dengannya selepas di panggil oleh guru besar ke sekolah.
Sebagai seorang sahabat yang mengenali Najihah hampir tahun ke lima, Johana yakin Najihah tidak bersalah. Memang menjadi kebiasaan Najihah menunggunya kembali dari sesi latihan perahu layar hampir setiap minggu sejak dia layak ke peringkat Asia di mana dia perlu menghadiri latihan di pusat perahu layar Johor Bahru. Bas akan berhenti di hentian jalanraya yang tidak jauh dari simpang jalan menuju ke sekolah. Najihah yang bimbang akan keselamatannya, akan berada di perhentian depan sekolah mereka dan dari situ dapat melihatnya setiap kali dia turun dari bas sehingga ke depan sekolah dan dari situ mereka akan bersama-sama berjalan mendaki anak bukit ke pintu gerbang sekolah. Begitulah kebiasaanya mereka di setiap hujung minggu. Kebarangkalian Najihah akan ditemani Suria, tetapi sejak Suria dikeluarkan dari sekolah beberapa bulan lalu, maka Najihah akan berseorangan.
Johana pelik juga kerana petang itu Najihah tidak kelihatan menunggunya dan pada sangkaannya, Najihah mungkin ada kerja yang perlu dilakukan. Sesampainya dia di asrama, dia terus mencari Najihah tetapi tidak juga berjumpa. Apabila dia bertanyakan kepada rakan-rakan sebilik Najiha dan tidak ada yang nampak, Johana mula bimbang dan melaporkan kepada warden yang bertugas. 
Selang beberapa jam, PA dari bilik warden menyebut namanya supaya berjumpa dengan warden bertugas dengan segera. Di sana Anita, salah seorang rakan sekelas Najihah turut berada bersama-sama Cikgu Salmah yang menunjukkan kepadanya sekeping nota. Di dalam nota itu menyuruh guru bertugas ke sebuah hotel terkemuka di pusat bandar kerana Najihah berada di sebuah bilik yang bernombor seperti tertera di dalam nota tersebut. Semua yang membaca nota itu kehairanan termasuklah Johana. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran daripada mula kereta Cikgu Salmah bergerak hinggalah berhenti di parkir hotel tersebut. Memang Johana terkejut dengan apa yang disaksikannya di bilik itu, tetapi tidak mungkin Najihah sanggup melakukan sesuatu sebegitu. Bukan Najihah kerana dia memang kenal siapa Najihah sebenarnya.
Tekaannya tepat kerana pada malam setelah konfrantasi antara Najihah dan kedua ibu bapanya, Najihah datang menemuinya dan sedikit sebanyak menceritakan tentang kejadian itu walaupun pada firasatnya ada lagi yang dirahisakan oleh Najihah. Johana dapat merasakan seperti Najihah dianiaya orang tapi dia tidak tahu siapa dan kenapa. Dia ada juga menasihati Najihah membuat laporan polis tapi ugutan lelaki yang disebut Najihah itu nampaknya lebih hebat. Najihah tidak berganjak. Dia hanya membatu. Maklum sahaja kerana keluarga yang disangka dapat memberi semangat juga tidak memihak kepadanya. Namun, permintaan ibu Najihah agar anaknya dapat meneruskan pelajaran sehingga tamat SPM telah sedikit sebanyak mendorong Najihah untuk meneruskan sisa-sisa yang ada disekolah berasrama penuh itu. Hidupnya seperti dalam buangan tetapi hatinya tabah. Siang malam dia hanya mengadap buku. Sesekali sesekala bila mengulangkaji malam bersamanya, Najihah akan menangis dan setiap kali itulah dia hanya akan memeluk rakannya itu sehingga tiada lagi tangisan dan Najihah meneruskan ulangkaji. Begitulah kehidupan Najihah sehingakan Johana sendiri berjanji jika dia sendiri akan membalas kalau dia tahu siapa yang telah menganiayai sahabatnya. Sepanjang masa dia sentiasa ada kalau Najihah memerlukannya sehinggalah di melanjutkan pelajarana ke luar negara. Namun begitu, Najihah dan dia sentiasa berhubungan dan menceritakan tentang kehidupan mereka masing-masing.
Sehingga kini dia tahu peristiwa itu masih menghantui Najihah. Tapi kecekalan kawannya itu yang amat dibanggakan. Walaupun disisih keluarga, rakan-rakan dan guru, Najihah tidak berputus asa. Selepas tamat persekolahan, dia ada mempelawa Najihah duduk bersama keluarganya di Selangor  tetapi Najihah menolak dengan alasan dia tidak mahu menjadi beban sesiapa. Dengan usia yang masih mentah, dia telah belajar untuk berdikari. Ada ketika Johana dan keluarga mendesak untuk memberi bantuan tetapi dengan keras Najihah menolak. Apa yang termampu dibuat ialah meminta bantuan ibu saudaranya. Puan Aisyah ingatkan Najihah seorang gadis yang memerlukan duit untuk meneruskan pelajaran. Kerana kasihan, dia bersetuju dengan keluarga adiknya itu untuk  memberi kerja sambilan di kedai buku di Shah Alam. Begitulah sehingga kini keadaan Najihah. Bekerja disiang hari dan neneruskan pelajaran di malam hari. Hatinya semakin hari semakin keras walaupun pada lahirnya Najihah seorang yang penuh dengan kelembutan. Kehidupannya masih lagi seperti dulu. Entah bila sahabatnya itu akan merasa bebas. Bergenang airmata Johana mengingatkan tentang Najihah dan sentiasa mendoakan kebahagiaan rakannya itu.
“Kenapa kau nangis Jo?” tanya Najihah. Johana tidak perasan Najihah telah keluar dari bilik air.
“Tak ada apa. Cuma teringatkan kisah-kisah lalu.”
“Tentang hal akukah? Tentang cerita dulu tu? ”Najihah merisik.
Johana mengangguk.
“Sudahlah Jo. Kalau nak nangis kerana tu lebih baik jangan.” kata Najihah lembut sekali.
“Tapi…”
 “Sudahlah Jo. Apa yang dah berlaku tu dah pun berlaku. Menangis macam mana pun, yang dah berlaku tak boleh nak diperbetulkan”
“Kau masih ingat lelaki itu?” risik Johana.
Najihah  memandang sahabatnya itu. Mukanya tampak sedikit sayu.  “Sebenarnya, aku tak pernah lupakan lelaki itu, sebab hampir setiap malam sejak kejadian itu, setiap kali aku nak tidur, setiap kali itulah aku dapat melihat lelaki itu…”
“Ya Allah! Jia…”  Johana menutup mulutnya. Dia sungguh terkejut dengan pengakuan sahabatnya. “Jadi? Habis tu…”  tidak dapat  meneruskan pertanyaannya.
Najihah menghela nafas yang panjang. Dia duduk mengadap sahabatnya.
“Percaya atau tidak, wajah tu dah macam jadi perkara biasa. Dah bertahun pun perkara tu berlaku dan dari hari ke hari, wajah tu dah tidak menakutkan lagi.” Najihah mengangkat keningnya.
Johana tercengang tapi dia ingin mendengar lagi. “Are you sure?”
“Okay, okay. Kadang-kadang tu ada rasa takut” akui Najihah.
“Tapi lama-lama banyak yang tak takut dari takut. Aku dah boleh kawal perasaan tu. Rasa macam aku dah tak ada perasaan dah.. Mungkin aku dah lama maafkan orang itu Mungkin apa yang terjadi tu ada sesuatu disebaliknya. Aku tak tahu kenapa perkara macam tu boleh jadi pada aku. Mungkin aku dah buat salah pada orang ataupun aku berada di tempat dan waktu yang salah”
Pandangan yang diberikan oleh Johana seperti dia masih tidak puas hati dengan jawapan Najihah.
“Aku dah besarlah Jo. Bukan budak mentah masa belajar dulu. Aku boleh handle. Don’t worry. Percayalah.”
“Tak, aku tak kisah tentang kau tak takut lagi tu. Bahagian yang selepas tu yang aku macam tak boleh nak percaya”
“Mana? Pasal aku dah maafkan lelaki tu?”
Johana mengangguk.
“Kau pun tahu kau seorang saja yang tahu hal sebenar. Aku tak cerita dengan sesiapa pun lagi”
Najihah membetulkan duduknya.
“Masa tu kau pun dah ke luar negara. Aku selalu rasa tak tenang. Siapa saja aku jumpa, aku rasa macam tak boleh percaya.. Lama juga aku macam tu. Jadi satu hari, aku cari-cari buku dan jumpa sebuah buku di kedai. Dalam buku tu ada sebutkan kalau nak dapatkan kedamaian dalam hidup, that is, if you want to find inner peace, first, forgive or forget your worst fear or enemy, then you will be able to forgive yourself
“So, apa jadi?”
“Kalau kau betul-betul nak tahu, aku ambil masa berbulan jugalah nak cuba lupa apa yang berlaku dan maafkan lelaki tu. Suatu hari tu, bila aku dah rasa aku dah boleh maafkan, aku hanya boleh tarik nafas panjang. Anyway, bahagian lupa tu aku rasa ambil masa panjang lagilah, pasal sampai sekarang, aku masih lagi boleh ingat”
“Mmm…aku faham. Kalau aku jadi kau pun, sure ingat sampai bila-bila. Macam insiden aku nampak mak aku terlanggar kucing kesayangan aku dengan kereta masa kecik-kecik dulu. Sampai sekarang aku masih ingat macammana Kitty menjerit sampai ke akhir nyawanya. Kalau nak katakan kucing ada tujuh nyawa, kalau dah kena langgar macam tu, semua nyawa pun dah tak ada. Tapi aku maafkan juga mak aku. Tapi tu lainlah, pasal dia mak aku kan. Moral of the story is, you will remember
Yup, different situation, same story
“Aku nak tanya satu saja. Apa kau nak buat kalau jumpa dia?”
“Aku tak tahu, Jo. Serius. Kau percaya tak? Aku betul-betul tak tahu”
Johana tersenyum. “I believe you” dan memeluk Najihah dengan sekuat hati. Seketika mereka dalam keadaaan berpelukan.
“Dan sekarang aku nak solat. Lepas solat kita turun bawah…jumpa Is, kalau itu yang Jo mahu” bisik Najihah ke telinga Johana.
Johana meleraikan pelukan dan tersenyum.
“Perasan! Aku kata kalau tu yang kau mahu. Bukan aku yang mahulah!”
Dus! Kali ini Johana pula yang melambung bantak ke arah Najihah.

1 comment:

  1. So far, love the story and could'nt take my eyes frm reading it but i would like to knw ....when will u add more chapters? because....its heartbreaking to read it halfwayyyy... =p

    ReplyDelete