Thursday, 17 November 2011

Jia - 6

Kereta Austin merah yang dipandu Imran berhenti dihadapan deretan pejabat yang terletak di kawasan Pusat Bandar Damansara. Nasibnya agak baik kerana masih ada beberapa parking yang kosong. Dia menyandang beg laptop dan mengunci kereta secara manual. Maklumlah kereta kesayangan Papanya itu sudah agak lama, jadi tidak secanggih kereta sekarang yang menggunakan kawalan automatik. Mungkin dia perlu lakukan sedikit perubahan kepada kereta itu supaya dapat diberi wajah baru. Tiga hari lalu, dia ambil masa hampir sehari untuk ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru kerana dia tidak mahu memenatkan kereta yang sedia uzur itu.
Kereta itu ada nilai sentimental bukan sahaja kepada Papanya tetapi juga kepada Imran. Kereta yang dibeli dalam tahun 70an itu merupakan kereta zaman percintaan antara Papa dan Mamanya. Ketika itu Papa memulakan kerjayanya di Kota London sebelum berjumpa dengan Mamanya, seorang gadis yang bercita-cita tinggi dari Sussex. Setelah beberapa bulan melahirkannya, Mama rasa dia tidak layak untuk menjadi seorang ibu dan memilih kerjaya daripada hidup bekeluarga. Atas alasan itu dan juga persefahaman dengan Papa, Mama telah menyerahkan hak penjagaan sepenuh kepada Papa selepas mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Walaupun Mama sudah kembali ke agama asalnya, Mama masih juga sekali sekala melibatkan diri dalam kehidupannya. Imran tidak menafikan yang dia rapat dengan Mama dan keluarganya di England ketika belajar di sana. Mama masih lagi membujang dan sibuk dengan kehidupan bekerjayanya sebagai seorang peguam. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mungkin itu juga sebabnya dia membabitkan diri dalam bidang perundangan.
Imran berjalan menuju ke blok yang paling hujung. Lanskap tumbuhan berwarna warni menghiasi kawasan bangunan. Di tengah-tengah dataran ada sebuah hiasan air yang menceriakan suasana.  Imran menaiki tiga anak tangga ke blok pejabat yang dicari. Terdapat 4 buah pintu lif dan beberapa orang sedang menunggu. Tidak sampai seminit salah sebuah pintu lif terbuka. Sebagai lelaki budiman, Imran mempersilakan mereka yang menunggu lif sedari tadi yang kebanyakannya perempuan untuk masuk dahulu. Senyuman gadis-gadis itu sudah cukup membakar semangat Imran di pagi Selasa itu untuk meneruskan hari pertama di Zainal and Associates. Ada ketika lif berhenti di tingkat 3 dan seorang gadis dengan sengaja melanggar Imran. Gadis itu tersenyum menawan dan melirikkan matanya menggoda. Imran mengeyitkan mata dan sigadis keluar dengan ketawa suka.
Hebat betul. Detik hati Imran.
Apabila pintu lif terbuka di tingkat 7, Imran melangkah keluar menuju ke sebuah pintu yang bercermin. Inilah kali pertama dia ke Zainal and Associates walaupun dia sebenarnya salah seorang daripada ‘Associates’ yang dimaksudkan itu. Pintu cermin ditolak dan dia berada di ruang penyambut tetamu. Secara keseluruhan ruang itu dicat kuning lembut dan dihiasi beberapa buah lukisan buah-buahan tempatan di dinding. Seorang gadis berbaju merah hati tersenyum menyambut kedatangan Imran.
Gadis cantik lagi. Bisik hatinya apabila terpandang gadis penyambut tetamu yang bermata galak itu.
Hello. Welcome to ZA - Zainal and Associates. Can I help you sir?” tanya gadis manis berambut perang dengan tag tertulis ‘Nadia’. Dia berpakaian sedikit ketat sehingga boleh menampakkan susuk tubuhnya yang sedikit mongel.
“Saya Imran. Nak jumpa En Zainal.” Senyum Imran.
Imran   perasan yang Nadia agak terkejut sedikit dengan kebolehannya berbahasa Melayu itu terus menekan sesuatu di komputer seperti berbual di talian dan selepas seketika dia berkata, kali ini di dalam bahasa Malaysia.
“En Imran boleh terus ke kanan dan bilik En Zainal di hadapan. Tadi PA En Zainal dah inform saya yang dia tunggu En Imran. Silakan” katanya sambil menunjukkan arah ke bilik yang disebutkan. Nadia senyum sambil mengetap bibir bawahnya. Pandangan yang menggoda diterima oleh Imran daripada seorang gadis buat kali kedua pada hari yang sama.
“Terima kasih” ucap Imran sambil bergerak menuju ke bilik Zainal. Setibanya di situ, seorang lagi perempuan berbaju kebaya biru menantinya. Tiada tanda-tanda atau cubaan mengoda. Sebaliknya, perempuan ini bersikap begitu professional sekali.
“En Imran. Saya Wani, PA En Zainal” katanya sambil menghulurkan tangan. Imran menerima salaman yang dihulur.
“Silakan” sambil mengetuk dan membuka pintu.
Imran melangkah masuk ke bilik yang cukup luas. Berbeza dengan ruang sebelumnya, ia serba biru dengan satu bahagian dicat terang. Biru memang warna kegemaran isteri Zainal. Nampanya kehidupan Zainal benar-benar diwarnai Sara, gadis yang begitu dipuja Zainal ketika di universiti dulu.
“Assalamualaikum. Glad you can make it” Zainal terus bangun mendapatkan Imran. Mereka bersalaman dan berpelukan seperti kebiasaan berjumpa.
“Kita duduk sini.” Zainal mempersilakan Imran duduk di sofa bewarna merah hati. “Kita sembang dulu, lepas tu aku tunjukkan sekeliling” Dia memandang setiausaha peribadinya dan berkata, “Wani, can you please bring in tea and anything simple
“Ok boss “ jawab Wani.
Beralih kepada Imran, Zainal bertanyakan tentang keadaannya ketika datang ke pejabat sebentar tadi.
“Dari mula parking kereta lagi aku dapat rasa segala yang menarik akan bermula disini”
“Kenapa kau cakap begitu?”
“Aku ingat aku boleh jatuh cinta dengan beberapa perempuan termasuk cik Nadia yang jaga depan sana tu” sambil tangannya menunjuk ke arah pintu.
“Cepat betul hang buat operasi!” tegur Zainal sambil mengeluarkan loghat utaranya. “Nadia ok. Tapi bukan PA aku. Dia tu anak dah dua dan suka ka tak suka dia juga sepupu Sara” kata Zainal sambil menunjukkan muka yang sedikit sedih.
Imran bersiul. “Kena control engkau rupanya”
“Kalau hang nak buat perangai macam belajar dulu tu tak pa tapi jangan sampai jadi macam kes 1995. Ingat tak Danielle. Punya la dia pulun nak dapat hang sampai kami satu rumah pun jadi mangsa. She’s a maniac
“Aku ingat tu. Aku  masih tak percaya dia cuba bunuh diri dalam bilik kita. Lagipun, aku ingat macam mana kau tolong selamatkan keadaan. For that, I am in your debt, my friend
“Alah hang nih. Tengok semua ni,” keluh Zainal sambil mengangkat kedua-dua tangan dan melihat sekeliling. “kalau tak hang yang tolong, aku tak mampu nak buka syarikat ni, and for that my friend I am forever in your debt. Bercakap pasal perempuan kat bangunan ni hang hati-hati sikit. Lelaki macam hang ni memang depa aim abih-abih. Buat jadi laki. Kalau depa semua tau hang ni jutawan, lagilah bahaya.”
“Kau bercakap ni ikut pengalaman kau ke?” perli Imran.
“Ada la sikit. Tapi sayang aku pada Sara sampai tak nampaklah yang lain. Lagi pun aku boleh harap pada Wani untuk handle if ada yang nak dekat.” balas Zainal berdekit-dekit ketawa.  Seketika terdapat dua ketukan di pintu.
“Masuk!” arah Zainal. Wani masuk dengan membawa dulang yang dipenuhi barang-barang permintaan ketuanya. Dia meletakkan dulang yang turut terisi sepinggan kuih muih di atas meja kecil dan menjemput kedua-dua Zainal dan Imran untuk minum dan makan juadah yang terhidang. Dia kemudian meminta diri untuk keluar.
 “Mari Imran” kata Zainal sambil mengangkat secawan teh. “Lepas minum aku bawa hang pi round office ni.”

2 comments:

  1. alamak, upload la lg NinaKamal! x sabar nk bc ni..da naik sasau ni..

    ReplyDelete
  2. yer...upload la cepat2...saya pon dah sasau nim.. hehe

    ReplyDelete