Wednesday, 16 November 2011

Jia - 1

Lapan tahun dahulu….

Najihah melihat wajah di cermin. Mukanya pucat manakala rambut separas bahu itu kusut tidak terurus. Perlahan-lahan dia membuka tekupan kain putih yang menutupi dagunya.  Najihah mengetap bibir menahan sakit. Diperhati dengan teliti darah yang hampir kering itu. Kesan luka di dagu itu kelihatan agak dalam. Tangan kiri masih lagi erat memegang kain selimut yang menutupi tubuhnya. Najihah keliru dan fikirannya berserabut. Dia terpinga-pinga. Bagaimana dia boleh jadi begini? Setakat yang dia ingat, awal tadi dia berada di perhentian bas di hadapan sekolah asramanya.Tempat yang menjadi kebiasaan menunggu sahabat karibnya, Johana, pulang dari latihan perahu layar setiap petang Jumaat. Kereta jurulatih Johana akan menurunkan Joahana di simpang jalan tidak jauh dari perhentian bas itu. Najihah cuba ingat apa yang berlaku kepadanya.
Ketika itu, dia masih menunggu kepulangan Johana. Sedang dia asyik membaca buku untuk menghabiskan waktu, tiba-tiba muncul sebuah sebuah kereta mewah menghampiri perhentian bas yang kosong itu. Kereta itu pada mulanya seperti berhenti berdekatan pondok jaga asrama yang terletak tidak jauh dari tempat dia menunggu. Pada mulanya Najihah menyangka yang ada orang ingin bertanyakan arah atau tempat untuk dituju. Selalunya kereta yang tersesat akan singgah di pondok jaga itu, namun, mungkin pemandu kereta terfikir lebih senang bertanya kepadanya yang sednag menunggu di hentian bas itu. Najihah hanya tersenyum melihat kereta yang semakin hampir tetapi dia panik apabila dua orang lelaki muda muncul ke arahnya. Dia seperti dapat agak sesuatu yang buruk akan berlaku. Segera dia bangun dari bangku hentian bas dan cuba berjalan pantas ke arah pondok jaga. Tanpa diduga, kedua-dua lelaki itu meluru ke arahnya. Najihah cuba mengelakkan diri tetapi bajunya direntap kuat oleh salah seorang lelaki. Najihah cuba menjerit tetapi lelaki yang seorang lagi berjaya menutup mulut dan hidung dengan sehelai kain.  Penglihatannya kabur. Najihah pengsan dan tidak sedarkan diri.
Mengingat kembali peritiwa itu, Najihah menutup matanya. Oh tidak! Airmata dan sebak di dada tidak dapat diseka. Najihah melihat semula ke cermin. Di nampak bayang-bayang lelaki dan kepulan asap rokok. Najihah ingat semula.
Bila tersedar, Najihah lihat seorang lelaki muda yang berbaju lengan pendek dan seluar jeans biru. Seorang lelaki yang kacak dengan sepasang mata yang menawan. Mata yang memukau tetapi pada masa yang sama mata itu penuh kebencian. Lelaki itu sedang duduk sebuah kerusi sambil membetulkan sebuah kamera. Sepuntung rokok yang berasap berada di celah jarinya. Lelaki itu tersengih takala melihat Najihah yang sudah bangun dari tidurnya. Tanpa memberi masa untuk Najihah sedar sepenuhnya, lelaki itu sudah menegurnya.
“Hello, sayang”
Itulah ungkapan pertama yang didengari Najihah ketika dia mula membuka mata. Kesejukan  terasa ke seluruh tubuh badannya. Tangan yang lemah merasai setiap bahagian tubuh badan. Apa yang dirasa menyebabkan Najihah serba tak kena. Tubuhnya sudah separuh terdedah. Pakaian yang dipakai sebelum itu sudah tidak lagi di tubuhnya. Dengan pantas, Najihah menarik erat kain selimut ke tubuhnya sebelum bingkas bangun. Sakit di kepala menerjah dengan tiba-tiba. Najihah mengerang dan tersandar ke bahu katil. 
Lelaki itu ketawa kecil ketikaNajihah sedang berusaha untuk menahan sakit . Najihah mengawal sakitnya. Dia cuba membuka mata dan melihat keadaan di sekeliling. Di manakah dia sebenarnya? Sekeliling yang diamatai seperti sebuah bilik yang dihias serba mewah.
“Nah, surveniour untuk kau. Ambillah!” lelaki itu bangun menghampirinya sambil melemparkan beberapa keping gambar ke atas katil. Najihah tergamam  melihat beberapa kepingan Polaroid bertaburan dihujung kakinya. Dikutip satu per satu.  Airmatanya mula mengalir takala dia melihat gambar-gambar yang dipegang.  Tangannya terketar-ketar. Najihah tidak faham dengan apa yang berlaku. Sinaran cahaya dan beberapa petikan kamera masih lagi berbunyi. Lelaki itu masih mengambil gambarnya lagi. Najihah segera bangun. Sebelah tangaannya digunakan untuk menutup wajahnya bagi mengelak dari diambil gambar. Belum sempat dia melangkah ke mana-mana, lelaki itu sudah menolaknya semula ke katil.
“Kau pandang sini! Dengar apa aku nak kata.” Jerkah lelaki itu. Najihah ketakutan sehingga dia menangis. Sambil tersekat-sekat dalam tangisan, Najihah memohon simpati agar dia tidak diapa-apakan.
 “Kau ingat aku akan kesiankan kau dengan air mata penipu kau tu. Biar aku terangkan dengan ayat yang mudah. Kau memang layak dapat habuan  ni. Apa yang kau dah lakukan memang tidak dapat dimaafkan. Biar kau sedar sikit. Jangan nak rosakkan hidup orang lain. Memang elok aku layan kau macam ni”
Jejari lelaki itu meraup muka Najihah. Wajah lelaki itu dekat dengannya. Najihah menutup rapat mata. Dia tidak berani membuka mata melihat kemarahan lelaki itu. Najihah hanya mendengar bila lelaki itu seperti berbisik “Kau ni memang cantik, masih muda, tapi sayang…..your  face is not as pretty as you heart. I pray that this will be your worst  nightmare for the rest of your life!”
Najihah tergamam bila lelaki itu menolaknya sekali lagi ke katil dan dia lihat lelaki itu berlalu meninggalkannya.
“Gambar itu untuk kau, tapi yang dalam ini…” kata lelaki itu sambil menunjukkan sebuah kamera “ …adalah untuk simpananku. Harap kau faham. No word then no picture.” Sambil terus bersiul-siul dan ketawa kecil.
Perbuatan lelaki itu bagaikan menikam pisau ke dada Najihah. Digagahnya bangun dan cuba merampas kamera yang dipegang. Namun, kekuatan seorang perempuan memang tidak dapat menandingi seorang lelaki. Apatah lagi sebelah tangannya sahaja yang dapat dia gunakan untuk merebut kamera itu. Hanya satu tolakan saja, Najihah terjatuh. Dagunya bertembung sisi meja. Najihah rasa sakit yang amat sangat. Darah panas mula mengalir.
“Bodoh!” jerkah lelaki itu. Tanpa diduga, lelaki itu mengangkat Najihah dan diletakkan semula ke katil. Lelaki itu bergegas ke bilik air. Sejurus kemudian, dia keluar dengan sehelai tuala. Didekapnya tuala itu ke dagu Najihah dan matanya bertemu mata Najihah. Suasana sunyi seketika.
 “Pegang tuala ni. Biarkan lama sikit untuk hentikan darah tu” arahnya. Nada suara lelaki itu tiba-tiba berubah seakan memujuk. Najihah mengangguk sambil menurut arahan, hairan dengan tindakan lelaki itu. 
Lelaki itu berdiri sambil mengeluarkan beberapa helai duit kertas dan menghulurkannya kepada Najihah. “Ambil duit ni. Pergi ke klinik untuk luka itu dan kemudian kau baliklah ke asrama.”
Lama dia menghulur tapi Najihah hanya kaku menatapnya duit itu. Melihat kelakuan Najihah sedemikian, dia meletakkan duit di atas katil lalu mendapatkan beg kamera. Lelaki itu terus menuju ke pintu bilik. Dengan tangan ditombol, lelaki itu berhenti seketika tanpa memandang ke Najihah.
“Apa yang dah berlaku sudah berlaku. Tiada apa yang kau boleh kesalkan. Kau yang mencari nahas. Jangan salahkan aku kerana bertindak begini. Lagipun, kau tak kenal aku dan usah bimbang kerana kita tak mungkin bertemu lagi.  Not now and not ever.”
Itulah ayat terakhir yang didengar Najihah.Ingatannya terhenti apabila terdengar ketukan kuat di pintu. Najihah keluar dengan cepat tapi pada masa yang sama, pintu bilik hotel seperti dibuka.Dengan cepat Najihah keluar dari bilik air. Terkejut dia melihat Cikgu Salmah, Melissa, ketua pengawas sekolah dan seorang lagi rakan sekelasnya, Anita. Bersama-sama mereka ialah seorang lelaki yang berpakaian seperti pekerja hotel.
“Cikgu….” Najihah mencari simpati dan merayu. Matanya basah kembali.
Mereka yang berada di situ memerhatikan keadaan di sekeliling bilik. Bau asap rokok masih boleh dihidu. Saki baki beberapa puntung rokok bertaburan merata-rata manakala beberapa barang hotel seperti bantal dan kain tuala berselerak di sana sini. Najihah melihat Anita mengutip sekeping poloraid menyerahkan kepada Cikgu Salmah. Melissa juga turut mengutip ratusan duit kertas di atas katil. Najihah mengeleng-gelengkan kepala supaya gambar itu tidak dilihat Cikgu Salmah. Riak muka Cikgu Salmah apabila melihat gambar itu sudah cukup menceritakan segala-galanya. Mereka yang berda di situ diam sahaja. Seperti sudah membuat kesimpulan dengan apa yang telah berlaku. Najihah dapat melihat wajah kekecewaan Cikgu Salmah. Dia juga dapat melihat pandangan kawan-kawannya seperti tidka percaya akan dirinya. Najiha cuba membantah tapi suaranya tersekat.
“Astaqfirullahullazim”Cikgu Salmah mengucap panjang sambil mengurut dada. “Kenapa sampai jadi begini Najihah?”
Melissa dan Anita saling berpandangan.  Melissa membongkok ke lantai untuk mendapatkan sekeping gambar yang berdekatan. Dia melihat gambar itu dan melihat reaksi Najihah. Dia lihat wajah Najihah sudah berubah dan tanpa diduga Najihah jatuh rebah ke lantai bilik hotel tersebut.

2 comments:

  1. wow, intro sahaja sudah penuh dengan suspense!! the rest of the story should be awesome.

    ReplyDelete
  2. cepat update kak.......besh2...

    ReplyDelete