Thursday, 1 December 2011

Mama Masak Apa???

Walaupun aku hidup dengan dunia komputer lebih dua dekad lamanya dan aku buka blog ni pun dua minggu lepas, barulah aku tahu yang aku boleh juga selit masa untuk menulis sekali sekala. 
    So why not aku share some story yang orang boleh ikut...itu pun kalau nak ikutlah. Kalau tak ikut pun tak salah...hari ini aku masak nasi ayam for the kiddos - anak-anak aku. Resepi aku siap setengah jam saja. In fact, hampir semua resepi aku siap setengah jam je. Apa yang penting, my kiddos makan makanan yang aku masak...air tangan ibu la katakan! Itu kalau anak-anak makan...kalau bapak dia makan....aku harap kalau dia nampak perempuan lain pun, dia ingat kat aku selalu hik..hik..hik..
    Macam mana aku masak nasik ayam setengah jam? Sampai sahaja dalam rumah aku masak air (then aku pi salin baju). Lepas tu aku ketuk 6-7 ulas garlic sama an inch ginger. Panaskan corningware aku yang paling besar. Masukkan butter skit (kalau sebuku tu amik 1/4). Tumis garlic, ginger, dengan adik beradik bunga lawang, kayu manis dengan adik2 dia yang lagik 3 tuh. Lepas tumis, trus tuang air panas kira-kira macam tiga gelas sukatan. Aku tak sukat sebab dah boleh agak dah. Kira macam buat stoklah. Masukkan garam dan perasa. Aku guna kiub ayam KNOW..sorry... 
     Then, basuh 2 pot beras. Tuang separuh masuk dalam periuk nasi and tekan button masak. Kang tak tekan ada la pulak yang tak merasa nasi ayam tu. Bab yang separuh masih dalam corningware tu campur ayam (kalau beku pun ok je). ayam aku selalunya dah standard size. Kalau chicken wing tu, aku bahagi dua. Masukkan potato sebiji besar potong empat. Terus aku panaskan oven.
     Tunggu dalam sepuluh minit gitu, kasi angkat ayam masukkan dalam dulang, tuang kicap manis and bakar. While waiting, buat cili pedas. Ni untuk anak sulung aku yang kuat pedas. aku selalu tumbuk. If malas, blend ler yang ciput tu. 2 cili besar + 2 cili api + 2 ulas garlic + 2 sudu gula + cuka + garam. Ikut-ikutlah rasa tu. Kalau nak pedas tambah ler cilinya. 
     All in all siap in half an hour tapi tengoklah ketangkasan dan kecekapan di dapur. Aku memang cekap (prasan) tapi kena la tunggu seminit dua bende tu sejuk barulah panggil bebudak makan. Aku cut time:
     1. Masak air. Guna air panas cepatlah sikit semua process.
     2. Ayam aku memang dah siap potong dan cuci lepas aku pi pasar. 
     3. Resepi ni dah jadi rutin. Tau nak buat apa next...
Jadi selamatlah mencuba. Aku tak makan hari ni. Diet...

3 comments:

  1. uit..ninakam diet lah...cayalasss
    caiyokkkk!!!!!!

    ReplyDelete
  2. nasik ayam 1 mamak...
    ehhh silap...mama...hehehe

    ReplyDelete
  3. peh akhirnya aku berjaya juga membaca cerita JIA kau nie... hehehe.. dalam satu malam aku stay up semata-mata nak baca cerita yang teramaaaatlah menarik nyer.. :)

    Atir..

    ReplyDelete